Welcome to my blog ! Follow me | Dashboard
// Life is Wonderful





Korea,Seoul ~ ( Day 1)
11/01/2015 | 05:24 | 0 comments
Assalamualaikum~~~

sebenarnya dah lama nak update entry pasal ni tp x kesampaian sbb busy, hoho busyla sgt.

Alhamdulillah, bulan 8 yg lepas, hasrat hati nak jejakkan kaki ke bumi Seoul akhirnya tercapai, feeling2 happy tu memng x tergambarlah mcm mana rupa dy tp peerrgghh memng syyook la! :D

trip ke korea adalh selama 5 hari, ya, cuma 5 hari, 5 hari pon dah cukup sgt untuk hbskn duit yg x berapa ada ni. Dan kami p bertiga, 

tarikh flight p 7/8 (khamis), pukul 8pg, jd, dari perlis nak ke klia kalau bertolak malam memang x sempatla jd aku decide tumpang rumah keenah (patner kaki jalan ke korea) hari rabu, jadi pg2 buta khms nk bertolak p klia senang sikit. 

hari khamis, seawal 4 pg kami bertolak dari rumah keenah ke putrajaya sentral, & dari putrajaya sentral., kami naik erl tros p klia, senang kan?? otw dlm erl tu memng jumpa bnyk stewardess n stewards n pilot n co pilot (bnykla pulak) . mcm2 style ado,..

sesampai ja kat klia2, dah masuk time subuh, jadi kami pon prepare2 solat subuh,mkn dulu sikit at least dlm flight nanti x kebuluran, haha. 

dlm pukul 8 mcm tu kami pon dah berangkat ke korea & penerbangan kami ambl masa dlm 7 jam, 7 jam tu! lamanya..... tp jgn risau, dlm flght yg pnjng tu kami disediakan mknan, haha, gila kalau 7 jam x mkn, pengsan pon boleh.


ha....ni la santapan sepanjang prjalanan beta, 

chicken rice+apple juice+brownies cake+mineral water+salt peanut

Alhamdulillah, stelah 7 jam dlm flight. akhirnya...! pukul 3.20 pm kami selamat sampai di incheon airport. kalau nak tau waktu di korea lambat sejam dari malaysia.


Jadi, lepas ja sampai kat incheon, kami pon naik bas ke myeongdong station sbb nya guesthouse kami dekat myeongdong. Harga sorang naik bas dari incheon ke myeongdong 10,000 won. Jadi kalau nak tau harga malaysia berapa, convertla.. dlm rm 31.10 sorang. Kalau nak senang bila travel ke negara orang yang melibatkan pertukaran wang asing, install la apps currency kt playstore, haha..senang beb, xpayah guna kalkulator dah. sangat membantu. 











inilah mak keenah & keenah


 ini lah suasana dlm bas seoul, haha.. mewah jgk..
driver bas siap buat stiker letak kat bag supaya tourist x tersilap beg masing2, haha...cool kan?

perjalanan kami dlm bas ambil masa dlm nak dekat 2 jam la, biasala, bas kan jadi dy stop dekat banyak station untuk drop penumpang.














moment2 yg telah dicaptured kan sepanjang dlm bas.


Dalam pukul 6 ptg mcm tu, sampaila kami dekat myeong dong station. Haha, sampai2 tu, kami mcm wau..., cantiknya & betol2 clueless sbb xtau kat mana guesthouse kami. huhu, lepas tu mkck (mak keenah) tanya dua korean yg lalu dekat situ, kalau dekat seoul, nak berinteraksi dgn org kat situ kita bolehla guna english sikit2.. tp x semua yg fhm, jadi kena pandai2 guna bahasa isyarat la, haha...


Dekat sini, kalau org nya baik, memang baik sgt2.. x tipu, dua korean tu sanggup call homestay , tlg panggilkan teksi semata2 untuk kami., wah.. sgt2 superb. 


Lepas tu, ada lagi 2 ahjussi ni sanggup volunteer kan diri bawa kami ke guesthouse tu sendiri. kalau malaysian? fikirla sendiri.





ha..ni la 2 ahjussi yg baik gila tu! tq pakcik, sgt2 :')


Lepas sampai homestay dlm pkul 6 lebih mcm tu, kami pon rehat2 sat, ambil fresh air korea dulu, relax2 pastu kami pon naik cable car...weehu! dari homestay ke cable car cuma 3 minit jalan kaki ja, yup, sgt dekat. 




view depan homestay, dekat depan ni ada mcm2 kedai, ada yg jual mcm2 jenis benda yg ada corak & gambar artis k-pop, ada kedai jual penny board, skateboard. sgt2 cantik, seriusly. tailor pon ada.
















dinding2 guesthouse pon sangat menarik hati, tambah2 kalau budak2,


nasihat, kalau nak merantau ke negara orang, lagi baik kalau stay guesthouse daripada hotel, sebab guesthouse ada sediakan pantry, bilik membasuh, dan harga pon berpatutan, kalau hotel, xda pantry jadi susah sikit kalau nak masak ka nak panaskan makanan ka, 


kami stay dekat 'guest house' di myeong dong, sangat dekat dengan cable car nak p namsan tower, dekat ja. 


dalam pukul 7 lebih2 sikit, kami pon berangkat ke cable car, beratur, beli tiket nak ke namsan tower. 


harga sorang naik cable car= 8,500 won (rm 26.00)

naik seoul tower sorang = 9,000 won ( rm 29.50)



lepas dah sampai dekat cable car namsan tower, kami pon ronda2, usha2 mkck jual potato twist ni, 












nampak menara atas tu? kami naik sampai atas lepas tu tengok pemandangan seoul waktu malam, subhanAllah cantik sangat2.. 

jalan2 area namsan tower lepas tu tengok sekeliling lepas tu kami pon naiklah cable car untuk pulang ke myeongdong sebab seharian kan, dah letih dah, nak rehat2, kumpul energy untuk hari berikutnya :D

Older Post